koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 18 February 2012
LIMERIK MABUK KASIH SAYANG
Mabuk malam
ciumlah aku
di bibir yang membengkak
seumpama disengat
puluhan tebuan.
Mabuk siang
ciumlah aku
di kening yang merayu
seumpama Z.Z
sedang menyanyi
dengan penuh perasaan.
Mabuk darat
ciumlah aku
di pipi yang menggebu
seumpama adik Mia
yang cute dan manja.
Mabuk laut
ciumlah aku
di dahi yang meluas
seumpama Aron Aziz
dalam filem Ombak Rindu.
Mabuk cinta
ciumlah aku
di mulut yang mengkelan
seumpama pelakon gemuk
yang tercekik nasi dalam filem Libas.
ss-z/spl/pr..18-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment