Wednesday, 15 February 2012

Kisah cinta reality berFB~CINTA ZAKIAH~Bab 6


Zaki yang terjaga dari tidurnya tergamam melihat Sanisah sedang menatap akaun FBnya sambil menangis berlinangan air mata...Sedu sedan memenuhi ruangan kamar...Zaki yang mula panik melihat Sanisah begitu, menjadi tidak keruan apatah lagi memikirkan yang Sanisah baru pulang dari bekerja dengan penat dan letih serta uniform yang belum ditukar lagi...Zaki semakin rasa serba salah apabila terlihat bungkusan nasi lemak dan secawan Nescafe yang masih berasap di atas meja studynya...menandakan yang Sanisah berhajat mahu bersarapan pagi dengannya bersempena tarikh perkahwinan mereka hari ini...hanya mereka berdua di dalam kamar tidur...Hati Zaki semakin tersentuh dan semakin serba salah.

Air mata wanita Sanisah berlinangan dengan derasnya sederas hujan yang mencurah-curah di luar jendela...hati kecilnya remuk dengan apa yang Zaki telah lakukan ketika ketiadaan dia di rumah.Sanggup Zaki menduakan cintanya terhadap dirinya...Sanisah akur di dalam hatinya sendiri mungkin kerana Zaki selalu ditinggalkan sendirian dan Zaki tidak mendapat perhatian yang sepatutnya dari seorang isteri tapi KENAPA?...kenapa pada hari yang dia sendiri ingin mengambil hati suaminya dengan bersarapan bersama dalam kamar sahaja...tembelang Zaki dapat dihidunya...Kenapa tidak sedari awal lagi Sanisah tidak dapat menghidu perkara yang sedang berlaku.

Dengan perlahan Sanisah mengalihkan pandangannya dari Laptop durjana...yang menghancurkan hati dan perasaannya ketika itu...Wajah Zaki ditatapnya seraya berkata-kata...

"Siapa Kiah bang" tanya Sanisah lembut menahan sebak di dadanya.

Zaki tidak dapat mengeluarkan suaranya dan menjawap pertanyaan Sanisah...terasa suaranya tersekat di halkum tanpa dapat dikeluarkan...mata Sanisah ditatapnya dengan penuh rasa simpati...simpati kepada seorang isteri, isteri yang disayangi dan amat dikasihi.

Sanisah yang cuba mengawal emosinya tidak dapat menahan sebak di dada lagi...air mata wanitanya berlinangan bersama sendu yang hiba. Sanisah bertanya lagi kepada Zaki untuk mendapat jawapan dari pertanyaannya tadi.

"Siapa Kiah bang! dan apa salah Ayang pada abang! sehingga abang sanggup curang terhadap ayang dan menjalinkan kisah cinta di dalam laman FB ini...ABANG??? soal Sanisah sambil menunjukkan jari telunjuknya di laptop durjana.

Terketar suara Zaki sambil cuba menjawap pertanyaan Sanisah itu..."A...a...abang minta maaf ayang...abang minta maaf...bukan maksud abang untuk curang pada ayang!!" jawap Zaki..."tapi abang terlalu kesepian kerana sering ditinggalkan bersendirian...makan,minum dan pakai...abang sediakan dengan sendiri...mungkin kerana itulah abang cuba mencari hiburan yang lain...abang tidak pernah pergi ke kelab-kelab dan berhibur ke disko-disko...cuma abang cuba mencari hiburan di dalam laman FB ini sahaja" balas Zaki dengan panjang lebar seakan mendapat satu tenaga untuk bersuara.

"Ayang tanya abang sekarang ini...siapa Kiah bang...dan siapa Kiah pada abang??" tanya Sanisah lagi dengan sendu yang menyilimuti jiwa dan kalbunya...batinnya benar-benar rasa tersiksa sekarang.

"Kiah adalah teman abang di dalam laman FB..dan Kiah adalah kekasih hati abang! yang abang cintai" jawap Zaki perlahan menahan rasa bersalah di hatinya.

Tangisan dan air mata Sanisah makin laju gugur ke bumi bersama tangisan hujan di luar jendela...guruh dan petir bagai tahu perasaan Sanisah ketika itu...guruh dan petir di dalam hatinya saling sabung menyabung menghentam dinding hatinya.

" Tapi kenapa sekarang bang...masih adakah cinta di hati abang pada ayang setelah cinta abang diserahkan kepada gadis di dalam FB abang itu...masih adakah lagi bang??" sendu dan hiba menuruti pertanyaan dari Sanisah.

"Ayang...abang masih menyintai ayang dan abang masih menyayangi keluarga kita...yang telah kita bina selama lima belas tahun lamanya ini" jawap Zaki..."Tapi...tapi di hati abang kini...ada juga gadis kedua yang bertahta...dan seperti ayang yang abang tidak pernah tinggalkan untuk berpoya-poya dengan perempuan lain begitu juga abang tidak akan sesekali meninggalkan dirinya...meninggalkan Kiah...kerana dia telah mengembalikan pelangi cinta di hati abang...yang telah pudar setelah sekian lama" jawap Zaki.

Dengan teriakan esakan dan tangisan yang semakin hiba Sanisah keluar dari kamar bilik dan terus mencapai kunci kereta...berlalu pergi meninggalkan Zaki yang sedang termangu tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi...Zaki cuma tersedar dari lamunannya setelah mendengar bunyi kereta dihidupkan Sanisah dan cuba mengejarnya tapi telah terlambat...kereta yang dipandu Sanisah meluncur laju meninggalkan halaman rumah...meninggalkan Zaki terkebil-kebil memanggil nama Sanisah.

Sudah separuh hari sejak Sanisah meninggalkan rumah...Zaki masih lagi tidak dapat menghubungi Sanisah...telipon bimbitnya dimatikan...Zaki bertanya pada kawan-kawan adakah Sanisah berada di tempat kerja...jawapannya juga tiada...kata mereka...kemanakah perginya Sanisah?...Hati Zaki mula dilanda kerisauan...dan ketika itulah kedengaran bunyi kereta dihentikan di halaman rumahnya...Zaki melontarkan pandangan keluar jendela untuk melihat siapa gerangannya...

bersambung di Bab 7:

Sazalee Sulaiman 
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment