Thursday, 16 February 2012

MAAFKAN AKU TEMAN


Teman,
maafkan kiranya
nukilan aku mendatangkan nestapa
dan membuat kamu bermuram durja.

Teman,
bukan aku tak sudi
melayari bahtera FB malam ini
tapi pahamilah kamu
wahai temanku yang aku kasihi.

Teman,
malam ini malam sunat
malam penuh segala nikmat
malam penghulu, malam Jumaat
bertadarus dan mengaji selagi kita dapat.

Dan yang paling penting teman
malam ini
cuti yang aku pohon pun dah dapat
Jadi!
Anak cina makan pengat
sendirilah mahu ingat
takkan tu pun aku nak kena ingatkan.

Yahooooooo!

Jangan marah ya!
Wahai teman.

ss-z/spl/pr..16-feb-2012.






No comments:

Post a Comment