koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 23 February 2012
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG
Ombak Laut China Selatan
menjadi pemisah kepada satu pertemuan
di antara dua jiwa yang dahulunya
pernah bermesra, berkasih dan sayang
bercanda dan juga bercinta.
Ombak yang menjadi penghalang empat mata dari bertentangan
ombak yang merampas sebuah kebahagian, rindu berpanjangan
ombak yang memisahkan engkau dan aku dari membina sebuah ikatan
ombak yang memutuskan sebuah perhubungan, kasih yang kecundangan.
Bersempena tarikh keramat hari ini
Jumaat tanggal 24hb Feb 2012
bersamaan 2 Rabiulakhir tahun hijrah
biarlah kini ombak Laut China Selatan pula
menjadi saksi akan satu lafas abadi yang akan aku ucapkan.
Hanya yang aku perlukan adalah keizinan darimu
untuk aku lafaskan ucapan secara terang-terangan
tanpa ada satu keraguan yang datang menghadang
dan menghalang lafas dariku untukmu
yang pernah aku kasihi
dan aku sayangi.
Dengan bacaan Bismillahirrahmannirrahim
aku mulakan ucapan dariku ini
yang mungkin akan terabadi dalam lipatan
sejarah engkau dan aku
selama-lamanya.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRANMU
IDAH ZALIEDAH.
Insan yang pernah aku kasihi
aku sayangi
dan aku cintai
sejujur dan ikhlasnya hatiku ini
yang paling dalam, suci lagi murni.
Terima kasih yang tidak terhingga dariku
akan kenangan indah selama mana kita pernah bersama.
ss-z (sazalee sulaiman-zaliedah)
spl (sang pujangga langit)
pr (penawar rindu)
ss-z/spl/pr..23-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment