Thursday, 16 February 2012

Kisah cinta reality berFB~CINTA ZAKIAH~Bab 9


Seperti yang dijanjikan...keesokan harinya Kiah menelipon Zaki yang ketika itu sedang bersarapan di warung mamak berdekatan dengan tempat kerjanya...

"Salam bang...abang apa khabar pagi ini" lembut sapaan Kiah di dalam telipon pagi itu...

"Khabar baik sayang...sayang apakhabar pula?" tanya Zaki membalas pertanyaan Kiah yang dirinduinya...

"Sayang baik bang...sihat alhamdulillah syukur kepada Allah...akak sihat??" jawap Kiah dengan satu pertanyaan tentang khabar Sanisah...orang yang telah dianggap seperti kakaknya dan dikagumi kerana tabah menghadapi situasi yang dia sendiri tidak mungkin bisa menghadapinya...kerana itulah dia bercerai dengan bekas suaminya...

"Abang..sayang hendak cakap sesuatu dengan abang sikit boleh tak?"soal Kiah lagi...

"Cakaplah sayang...abang sudi mendengarinya..."jawap Zaki selamba..

"Abang...sayang rasa...sayang rasa..."tergagap-gagap Kiah hendak mengatakan apa yang ingin diluahkannya...

"Sayang nak cakap apa ni sayang...sayang cakaplah terus terang...jangan buat abang tertanya-tanya...sayang pun tahukan...abang tak suka cakap separuh-separuh begini...??" tegas Zaki sedikit emosi...

"Ok...macam ni...abang ingat lagi kan pasal Bapak Bosan yang suka like-like di wall sayang...yang membuat kita bertengkar dahulu...!" jelas Kiah semula...

Zaki masih ingat lagi tentang pertengkaran mereka tentang Bapak Bosan beberapa minggu yang lalu...yang sentiasa ada di wall Kiah dengan menjadi 'PENGLIKE' no satu Kiah..dan kerana pertanyaan itulah mereka bertengkar sampai Zaki terkeluar kata-kata menghina Kiah dan menyebabkan beliau di 'BLOK' oleh Kiah selama seminggu...Bapak yang sentiasa Bosan tapi selalu jadi peminat Kiah no satu...

"Ya...abang masih ingat lagi pasal samdol yang buat abang sengsara seminggu kerana Kiah 'BLOK' FB abang...mmm...kenapa dengan dia...?" tanya Zaki semula...

"Ok...Kiah dah bertanya pasal itu pada dia sendiri...dan dia mengaku, memang dia ada hati ngan Kiah...tapi dia tahu tentang perhubungan kita...sebab tu dia tak pernah berkomen kat Wall Kiah..."jelas Kiah...

"So...kenapa? pasal dia Kiah keluarkan ni...!" soal Zaki semula...

"Tak adalah apa-apa...Kiah cuma ingin beritahu sahaja pasal dia...bukan ada apa-apa pun!" jelas Kiah...

"Emm....kalau macam tu tak apa lah..biarlah dia menjadi 'PENGLIKE'...jangan dia rampas Kiah dari abang dah lah..." kata-kata seorang yang bodoh yang tidak dapat menghidu apa yang Kiah cuba beritahu padanya...

"Ya lah bang...biarlah dia macam tu...Kiah pun ada akal jugak...tak kan Kiah nak pergi kat dia pula kan...!" kata Kiah lagi...

Perbualan mereka habis setakat itu sahaja kerana Kiah hendak bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerjanya...sementara Zaki terpaksa matikan telipon kerana Sanisah sudah pun tiba hendak minum bersamanya di warung mamak itu...

"Siapa bang...yang telipon tadi..." tanya Sanisah..."ayang tengok rancak abang berborak tadi...sampai ayang lalu depan abang pun abang tak perasan..." tanya Sanisah semula...

"Mmm...Kiah tadi yang call...dia saja tanya khabar tentang kita...terutamanya kakak kesayangannya ler..." jawap Zaki cuba mengambil hati Sanisah dengan mengatakan begitu...dan berharap Sanisah tidak mengambil hati kerana beliau tidak perasan kereta yang di pandu Kiah lalu di depannya...

"Ya ke...dia bertanya begitu...sayang gak dia ngan ayang ya...?soal Sanisah sambil menarik muka sedikit...Zaki tahu Sanisah terasa hati tentang perkara tersebut...

"Abang nak cakap apa ngan ayang ni sampai mengajak ayang minum di warung pagi-pagi begini...selalunya...kita bersarapan kat rumah jer...ada apa-apa ke ni? tanya Sanisah lagi... 

"Macam ni...abang nak berterus terang dengan ayang tentang perhubungan abang dengan Kiah!" jelas Zaki...

"Mmmm...abang nak jelaskan pasal apa lagi...kan abang dah beritahu hari tu...ayang pun tak kesah tentang hal ini...!" jawap Sanisah acuh tak acuh...

"Ayang nak minum apa?...abang orderkan dulu...ayang nak makan apa pagi ni...?" tanya Zaki ingin meredakan keadaan...

"Abang orderkan ayang nescafe 0 satu...makan tak nak...ayang dah makan tadi sebelum balik kerja tadi...!"jawap Sanisah...

Selesai mengorder dan membawanya sendiri air Sanisah...Zaki duduk bertentangan dengan Sanisah...dan menyambung semula makannya yang terbengkalai kerana telipon dari Kiah tadi...Sanisah tidak mengganggu Zaki yang sedang makan kerana dia tahu suaminya pantang kalau tengah makan dia bertanya apa-apa...

Sebaik selesai sahaja makan...Sanisah pun bertanya semula tentang perkara yang hendak disampaikan oleh Zaki tadi...kerana dia pun sudah puas menunggu sehingga Zaki selesai...

"Abang nak cakap apa tadi bang...beritahulah ayang sekarang...?"tanya Sanisah tidak sabar gerangannya...

"Macam ni...ayang pun tahukan...kes mahkamah Kiah dan telah selesai...dan tempoh sah lafas cerai itu adalah pada tarikh dan hari yang sama bekas suaminya lafaskan cerai dahulu...maknanya dah lebih setahun mereka sah bercerai...cuma nak disahkan mahkamah sahaja...dan tempoh edah Kiah pun telah lama selesai..." jawap Zaki panjang lebar...

Sanisah yang mula rasa tak sedap hati...mula menarik muka panjang dan menunggu penjelasan dari Zaki...

JENG...JENG...JENG...suspen ni...apa yang hendak diperkatakan Zaki...kita tunggu sambungannya dalam Bab seterusnya...

bersambung di Bab 10:

Sazalee Sulaiman 
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment