koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 21 February 2012
SUKMA MERINDU
Awan hitam berarak pilu
menutup langit membiru lesu
membawa mendung mega berkelabu
bayu bertiup ribut menderu.
Begitulah mendung menyapa hatiku
kebahagiaan bagai bayu yang berlalu
keasyikan mimpi beronakan palsu
igauan menyapa menggoncang arashku.
Sedih dan pilu bergiliran bertamu
derita di kalbu menyapa kedamaianku
mendung yang lalu ribut membadaiku
kelemasan aku bersama hujan baturindu.
Menimpa ubunku sumbingnya bercelaru
merobek kalbu menghiris hatiku
menangisnya aku berlagu pilusendu
merindu bayanganmu hampir setiap malamku.
Mencengkam rindu menikam sukmaku.
ss-z/spl/pr..10-jan-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment