koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 2 March 2012
~dedebuan kota~
siapalah aku
jika dibandingkan dengan teman-temanmu
yang sentiasa mengerumuni dan menghurungi dirimu
membelai resah randumu
ketika ketiadaan diriku.
aku bagaikan dedebuan kota
yang hinggap di tirai malam
dan akan ghaib bila di tiup sangkakala senja
hilang tiada terkesan di jendela mata; mata hatimu.
lapuk ditelan bubuk.
spl-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment