ada secarik luka
pada warna di hujung lengkung pelangi
walaupun terserak ceria bermain warna
namun suramnya tetap dibawa
selepas rinai hujan menyirna
ada tetes mutiara di hujung mata
enggan bersuara
suram
usahlah kau gugat warna cinta
yang bertaut indah dijalur pelangi
geringnya akan menggugurkan hujan darah
mematikan tiap aksara yang baru mencipta tari
lariknya akan terhenti
pada lara yang mencemuh
lantas iri pun bernyanyi
kau relakanlah suram
usir iri-mu pada jajahan lengkung pelangi
kerna keindahan itu memang termilik
penafian adalah kemunafikan yang tercipta
aturlah jejakmu dan pimpinlah bersama luka
agar ceria pelangi akan terhampar
tetap setia mengecup tujuh warna
terhias di kaki langit
gigih mendaki palang-palang tangga
lantas berlari menggapai tingginya bulan
di sini
se-usai rinai hujan menyisih
ada damai meyusup ke tangkai kalbu
ada kuyup kasih teranyam
ada jiwa rindu yang mendodoi tenteram
mengharap berlabuh di dermaga silam
bergelora rasa menyaksikan kelibat pelangi
bermesra bersama bulan
diintai riang bintang yang bergemintang
dan semu suram pun hilang
pada labuh sayang yang jauh menghunjam
di taman hati sang perawan
♥ manja ♥
21:17pm
01~03~2012
ada secarik luka
pada warna di hujung lengkung pelangi
walaupun terserak ceria bermain warna
namun suramnya tetap dibawa
selepas rinai hujan menyirna
ada tetes mutiara di hujung mata
enggan bersuara
suram
usahlah kau gugat warna cinta
yang bertaut indah dijalur pelangi
geringnya akan menggugurkan hujan darah
mematikan tiap aksara yang baru mencipta tari
lariknya akan terhenti
pada lara yang mencemuh
lantas iri pun bernyanyi
kau relakanlah suram
usir iri-mu pada jajahan lengkung pelangi
kerna keindahan itu memang termilik
penafian adalah kemunafikan yang tercipta
aturlah jejakmu dan pimpinlah bersama luka
agar ceria pelangi akan terhampar
tetap setia mengecup tujuh warna
terhias di kaki langit
gigih mendaki palang-palang tangga
lantas berlari menggapai tingginya bulan
di sini
se-usai rinai hujan menyisih
ada damai meyusup ke tangkai kalbu
ada kuyup kasih teranyam
ada jiwa rindu yang mendodoi tenteram
mengharap berlabuh di dermaga silam
bergelora rasa menyaksikan kelibat pelangi
bermesra bersama bulan
diintai riang bintang yang bergemintang
dan semu suram pun hilang
pada labuh sayang yang jauh menghunjam
di taman hati sang perawan
♥ manja ♥
21:17pm
01~03~2012
No comments:
Post a Comment