koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 2 March 2012
JASA BAKTI
Kasih tersemat negara selamat
setiap detik sentiasa beringat
berjuang gigih hapuskan pengkhianat
demi negara raja berdaulat.
Meredah jauh hutan belantara
membenteras segala pengenayah negara
begitu gigih semangat perwira
pertiwi juga berganding tenaga.
Saat terkorban tak dapat diduga
nama terpahat di tugu negara
jasa pengorbanan tak pernah dilupa
itulah bukti kesetiaan negara.
Sri Mawar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment