Friday, 3 February 2012

ANAK KECIL ITU



Di sudut itu
Anak kecil dengan jejarinya yang begitu teliti
Menguis antara butiran pasir dan rezeki
Antara hampas dan isi
Demi memenuhi tuntutan hati
Untuk kelangsungan hidupnya
Dari masyriq hingga ke maghrib

Anak kecil itu
Mungkin tidak mengerti erti syukur
Namun dia mengerti untuk menghargai
Butiran rezeki yang ditemui
Ada kelazatan untuk dinikmati
Sebagai penyambung nafasnya
Pada hari esok

Biarpun hanya berpinggankan debu lantai
Bersudukan jejarinya yg kotor
Anak kecil itu tidak pernah mengeluh
Malah tidak pernah jua memilih
Akan rezekinya untuk hari ini
Kerana dia mungkin menyedari
Hari ini adalah untuk hari ini
Dan esok
Masyriq ke maghribnya
Biar Sang Pencipta yang tentukan

Qalam Bertinta
03/02/2012

No comments:

Post a Comment