Thursday, 2 February 2012

HINAKAH PEREMPUAN ITU



Hinakah perempuan itu!
Andai seumur hidupnya bergelumang maksiat
menjaja tubuh kelangkang berkeringat
segala dosa dibuat ingat tak ingat
wajahnya lesu, mukanya pucat
mengharapkan balasan wang atas apa yang dibuat
walaupun nyawanya sentiasa diganggu gugat
oleh merekamereka yang memegang tongkat;
tongkat belati pemukul anjing yang diikat kudrat.

Hinakah perempuan itu!
Seorang perempuan dan juga seorang ibu
yang sanggup membuat apa sahaja demi anaknya yang tercinta
agar anaknya tidak kebulur dan nyawanya disekat
tanpa sebotol susu dan segenggam beras untuk dibuat pengat
buat pengalas perut anak yang umurnya semakin hari semakin meningkat.

Sanggupkah kita menghina perempuan itu?
Andainya perempuan jijik dan yang kita hina dengan katakata nista
yang pernah hidupnya bergelumang dengan maksiat itu
adalah ibu kita sendiri!
Ya!
Ibu kita!
Ibu yang membesarkan kita
ibu yang sanggup membuat apa sahaja!

Demi kita! Untuk kita!
Agar kita dapat mengecapi nikmat hidup menjadi dewasa
dan berharap mentari perubahan menyinarkan cahaya di ubunubun kepala kita.

Sanggupkah kita?
Sanggupkah kita menghina mereka?
Setelah umur kita meningkat dewasa dan berjaya
cantik dan terkenal pula, berkerjaya.

Sanggupkah kita!?
Sanggupkah kita menghina mereka!.

ss-z/spl/pr..02-FEB-2012.

No comments:

Post a Comment