koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 11 February 2012
DERITA DAN KARMAKU
Mungkinkah ini karmaku?
Yang mengekori setiap langkah perjuanganku
bertitik teraskan kehidupan yang serba mencabar
berpaksikan kenyataan yang pilu
terpaksa aku telan walaupun ngilu membaham asaku.
Loyanya tekakku!
Namun terpaksa aku telan juga walaupun amat memualkan.
Terpaksanya aku!
Terpaksa dalam kerelaan kerana itulah kenyataan
di atas pilihan yang aku pilih sendiri;
Kenyataan yang amat menghimpit hati dan perasaan
berkehidupan sebagai seorang anak wayang adalah pilihan aku
bukannya ada paksaan untuk aku merelakannya.
Mmmmm...haaaaaaah!
Keluhan demi keluhan kian mencengkam
itu sahaja yang mampu aku lakukan
ketika kepalaku mula berdenyut-denyut
meminta dikasihani dan meminta dimengerti.
Perlukah aku bergantung harap pada ubat semata-mata
untuk aku teruskan kehidupan yang penuh cabaran ini;
Perlukah aku bergantung ehsan kepada pil-pil penahan sakit
yang telah semakin bersebati di dalam tubuh malangku ini
untuk aku menahan segala keperitan dan kesengsaraan
melawan penyakit yang aku hadapi ini.
Perlukah juga aku bergantung pada talian hayat perubatan
untuk aku terus berkarya menghasilkan nukilan yang aku dambakan
yang menjadi sumber kekuatan untuk aku teruskan kehidupan
dan meneruskan hidupku demi orang-orang yang aku kasihi dan aku sayangi.
Perlukah? Perlukah? Perlukah?
Pertanyaan demi pertanyaan yang kian berombak
dan kenyataan demi kenyataan yang semakin membuat aku sebak
lantaran kerabakkan aku menghadapi onak berduri kehidupan
kehidupan aku sebagai seorang anak wayang.
Perlukah dan mungkinkah?
Derita dan karma yang aku tanggung sendiri.
ss-z/spl/pr..11-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment