Saturday, 11 February 2012

USAHA TANGGA KEJAYAAN II


sesisik jadikan setandan,
setandan jadikan seguni;

berakit-berakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu,
bersenang lenang kemudian.

Ingat lagikah pepatah dalam berpantun ini?
Yang menyatakan dan menyeru supaya kita berusaha dalam sesuatu usaha.

a.
sesisik jadikan setandan, setandan jadikan seguni;

: Jangan kita mudah rasa puas dengan apa yang telah kita kecapi, sebaliknya berusahalah lagi agar kantung kita sentiasa berisi tapi dengan cara berusaha! Bukannya hanya duduk, sambil bergoyangan kaki dan mengharapkan rezeki itu datang sendiri;
'yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek.'

b.
berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang lenang kemudian.

:1. Usaha tanga kejayaan, tanpa usaha kita tidak mampu mengecapi apa yang kita mahu dan kita hajati. dalam kita berusaha tentulah segala bapaknya rintangan yang kita akan hadapi tapi kita kena beringat tanpa usaha lagilah kita tidak peroleh apa yang kita hajatkan.
:2. Biarlah rintangan dan cabaran datang kepada kita kerana tanpa cabaran dan rintangan kita tak akan dapat mengecapi kenikmatan dan kemanisan usaha kita dan yang paling penting jangan cepat mengalah dan menyerah kalah.
Teruskanlah berusaha demi sebuah kejayaan untuk memperbaiki kehidupan kita dan sehingga kita berjaya menuai hasil usaha kita dan mengecapi kejayaan mutlak Milik kita! Milik kita! Milik kita!
:3. Begitu juga dengan berkarya! Teruskanlah berkarya sambil mencuba memperbaiki karya kita dan mencuba segala jenis cabang pengkaryaan yang telah tersedia dalam peradaban sastera kita, sastera senusantara.
Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai, Thailand dan di serata teluk rantau dunia yang mempunyai karya dan tatabahasa mereka sendiri.

Selamat berusaha dan semuga berjaya.

p/s: Ada gaya pakar motivasi tak?
kih kih kih...

ss-z/spl/pr..11-feb-2012.




No comments:

Post a Comment