koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 5 April 2012
SEMEKAR CINTA DI HATI
Mekar berbunga, berbunga di hati
mengharum jiwa, haruman kasturi
di kalbu terukir, kasih diimpi
membelai rindu, cinta bersemi.
Badai semalam, telah pun pergi
taufannya mati, biduk menyepi
cinta di hati, mekar kembali
mawar berduri, menunduk kini.
Riang gembira, silih berganti
pucuk dicita, padi ditampi
bersama seiring, embun dititi
di mahligai mimpi, cinta terabadi.
Kembali cinta, mekar di hati.
ssz/spl/pm...05/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment