koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 5 April 2012
TENANG DI TEPIAN RIMBA HATI
Aku tenang sekali
bermandikan air di kali
bertemani anak-anak ikan
merenangi dan mengelilingi tubuhku ini
yang sesekali nakalnya mencubit-cubit dan bermain-main
mengulit belai...kakiku yang penuh berdaki.
Menghirup kesegaran akan udaranya yang nyaman
sambil menikmati keindahan panoramanya
yang sungguh indah di mata hatiku
dengan keindahannya yang meresap dan kekal di dada mindaku ini.
Begitulah ketenangan yang kurasakan kini
mimpi yang kuimpi...kini menjadi realiti
kedamaian yang aku cari...telah pun aku temui
dan kini ianya akan terus mekar bersemi di rimba hatiku ini
bersemadi...terabadi...di lubuk hatiku yang kegersangan...selama ini.
Aku kini tenang di tepian rimba hatiku ini.
ssz/spl/pm...05/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment