koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 4 April 2012
SEMUSIM TELAH BERLALU
Semusim telah berlalu
sejak engkau tinggalkan aku
pergi untuk memburu
kilauan permata hatimu yang palsu.
Pantas benar masa berlalu
sehingga tidak terasa olehku
perjalanan rindu yang suatu waktu dahulu
bagaikan mahu memutuskan nyawaku.
Kini ianya berlalu
tanpa meninggalkan kesan padaku
kerana aku telah pun ketemu
kekasih hati yang benar-benar menyintaiku.
Kiranya kini kau kembali menuntut janji-janjiku
yang pernah kulafaskan kepadamu dahulu
kuharapkan kau mengerti penjelasan kuberikan padamu
bahawa aku telah pun berjaya melupakan...dirimu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment