koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 4 April 2012
KUDAKAYU
Kudakayukah aku?
Andainya aku diam membisu
membatu dan kaku...keras bak kayu
kaku dengan pelbagai tohmahan
yang kau tohmahkan diriku
kaku dengan pelbagai hinaan
yang kau hinakan aku
kaku dengan bermacam tuduhan
yang kau lemparkan buatku
tapi aku masih lagi berdiam diri seolah tiada bernafsu.
Kudakayukah aku?
Andainya aku
mengambil tindakan mematikan hati dan perasaanku
membiarkan dirimu dengan lagak egoismu
menuruti apa sahaja kemahuan dan kehendakmu
sesukanya hati kamu
hinggakan kamu bermaharajalela
dan berjuntakan nafsu di dalam hatimu
sedangkan aku hanya termampu
mendiamkan diri...kelu dan terkedu setiap waktu
dan merelakan sahaja...bila engkau mengkudakayukan kepalaku.
ssz/spl/pm...04/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment