koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 13 February 2012
KECANDUAN ASMARA
Ahh!
Bagai kecanduan
hingga hilang segala norma kehidupan
dan hanyalah kamu
yang sentiasa berada dalam hati sanubariku.
Fitrah dan karma telah bersatu
hingga menyekat akan kemampuanku
membeku segala ilham dari bertamu
menyatu dengan hatiku
hingga bergelora tiada keruan
tiadanya menentu.
Hanyalah kamu terukir indah bertatah permata
sentiasa bermain di dalam benak asmaraku
hingga terasa!
Terasa diriku bagai kecanduan asmara;
asmara cinta lahir dari kasihmu.
Ahh!
Kecanduan aku!
Kecanduan akan kasih dan sayangmu
yang hangat meruap di dalam rongga jiwa asmaraku.
Berikanlah!
Berikanlah aku
nikotina dari candu asmara cintamu.
ss-z/spl/pr..13-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment