koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 11 February 2012
KEHIDUPAN
Kehidupan sebenar tidak sama dengan kehidupan di alam maya ini. Kehidupan yang sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan yang melanda kehidupan sehari-harian.
Pernahkah kita menduga dugaan yang datang bertali arus yang terkadang menyentap diri kita untuk terus mengharungi kehidupan ini. Ianya amat perit untuk kita tempuhi. Amat perit jika kita tidak tabah dalam menghadapinya.
Sakit perit semuanya dugaan dari Allah SWT untuk menduga kita sama ada kita bersyukur atau tidak atas pemberianNya kepada kita yang kadang-kadang terlupa untuk mensyukuri akan nikmat kurnianNya.
Itulah kehidupan di dalam dunia nyata yang amat berlainan dengan dunia di alam maya ini yang penuh dengan tipu helah dan kepura-puraan. Penuh dengan tipu muslihat bertopengkan ayat-ayat yang bisa menyelewengkan minda kita dan ayat-ayat yang bisa meruntunkan hati yang membacanya. Yang mudah membuat kita jatuh cinta dengan ayat-ayat berkarisma dan berkarma cinta dan hati.
Tanyalah diri kita sendiri, benarkah apa yang saya katakan ini. Fikir-fikirkanlah.
p/s...masih macam pakar motivasi tak.
Kih kih kih...
ss-z/spl/pr..11-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment