Wednesday, 8 February 2012

DENDAM ORANG MINYAK



Tunggulah aku akan kembali
membawa onar tiada terduga
mengganas seluruh rantau dan desa
mencari mangsaku semula
kerana kali ini tiada siapa yang akan terlepas
semuanya akan menjadi mangsa;
mangsaku, yang akan mengganas semula.

Amukanku tiada tercelanya kali ini
aku akan mengganas dan terus mengganas
selagi dendamku belum terlampias
kepada mereka yang mengkotak katikkan aku selama ini
yang mencemuhku dengan segala hinaan
seperti aku tiada bermaruah.

Tunggulah!
Tunggulah amukan aku kembali
dendamku si orang minyak.

ss-z/spl/pr..08-feb-2012.

No comments:

Post a Comment