Rindu bertamu tak mampu aku hindarkan
mencuit tangkai hatiku tanpa mampu aku huraikan
merobek kalbuku tersentuh di dalam lubuk lesu yang maha dalam
merindui dirimu membuatkan jiwaku semakin tertekan, semakin tenggelam.
Sayang! Dengarlah alunan rindu yang berlagu ini
yang aku alunkan kerana terlalu merindui dirimu.
Aku amat rindu padamu
aku teramat-amat rindu akan dirimu
rindu akan kemesraan engkau dan aku
rindukan keletah lucumu dan kenakalanmu mengusik hatiku.
Jiwaku tertekan!
Jiwaku amat tertekan sayang
semakin hari jiwaku semakin parah
semakin hari jiwaku semakin goyah tak terluah.
Tanpamu, aku sepi, sayang!
Tanpamu aku lemah untuk menghadapi semua cabaran yang mendatang.
Tanpamu aku longlai; lunyai untuk menghadapi dunia ini,
dunia yang kita bina dengan keindahan kasih dan sayang,
dunia yang menyaksikan bergelumangnya kita dengan kerinduan
dan kini aku bergelumang keseorangan
dalam cinta yang tidak dapat kita pertahankan.
Aku seumpama layang-layang terputus talinya
yang terumbang-ambing tanpa tangan memegang tali sayapku
tali sayap yang mengemudi ke mana hala tujunya penerbanganku.
Begitulah aku sayang, terumbang-ambing tanpa kamu di sisiku
tanpa kamu sebagai kekasih hatiku yang menemani perjalanan hidupku.
Dan kini aku terjelepuk di perdu pepohon rinduku yang amat menyakitkan.
Aku rindu padamu, wahai kekasihku yang amat aku sayangi
yang kualunkan bersama simfoni rindu kesepian.
ss-z/spl/pr..04-FEB-2012.

No comments:
Post a Comment