Wednesday, 1 February 2012

APA MAKSUDNYA



: Kebuluran
Kelaparan menjengah
pada ketika kita semua mewah
dengan kenikmatan melimpah ruah
tanpa mahu bersedekah.
Sedekah yang membawa faedah
kepada mereka syukurnya, Alhamdulillah.

: Pelacuran
Maksiat berleluasa
walaupun ada penguatkuasa
hanya berada, tidak berapa hasta dan ela
dari duduk mereka bersila.
Wang lendir diharapkan mereka
janji poket masuk, tutupkan sahaja mata.

: Gelandangan dan Kemiskinan
Mengharap ihsan
dari mereka yang bernama insan
meminta sedekah dengan hidup bergelandangan
sanggup pula memotong tangan.
Meminta simpati dengan hidup berkeliaran
dari berusaha untuk menaikan taraf kehidupan.

Jadi apakah maksud semua ini?
Sama-samalah kita memikirkannya wahai tuanpuan yang budiman.

ss-z/spl/pr..01-FEB-2012.

No comments:

Post a Comment