Angin!
Kau lihatlah angin!
Debungadebunga sedang melayang
melayang sambil beriringan
bagaikan ada pesta keramaian
indah dan aman, cantik permandangan
kerana hembusan darimu yang berpanjangan.
Angin!
Kau lihatlah itu angin!
Debungadebunga tadi berterbangan
jatuh berserakan di dalam taman
bagai ada satu tarikan berangkaian
mendorong satu perjalanan
perjalanan, bertujuan.
Angin!
Kau lihatlah lagi angin!
Dengan bantuan yang engkau berikan
proses semaian sedang berjalan
benih penggabungan sudah bertautan
menunggu waktu berputik kehidupan.
Berputik kasih, mekarnya sayang
barcambah bunga cinta kehidupan
di padang kasih dan sayang.
ss-z/spl/pr..15-JAN-2012.
Angin!
Kau lihatlah angin!
Debungadebunga sedang melayang
melayang sambil beriringan
bagaikan ada pesta keramaian
indah dan aman, cantik permandangan
kerana hembusan darimu yang berpanjangan.
Angin!
Kau lihatlah itu angin!
Debungadebunga tadi berterbangan
jatuh berserakan di dalam taman
bagai ada satu tarikan berangkaian
mendorong satu perjalanan
perjalanan, bertujuan.
Angin!
Kau lihatlah lagi angin!
Dengan bantuan yang engkau berikan
proses semaian sedang berjalan
benih penggabungan sudah bertautan
menunggu waktu berputik kehidupan.
Berputik kasih, mekarnya sayang
barcambah bunga cinta kehidupan
di padang kasih dan sayang.
ss-z/spl/pr..15-JAN-2012.
No comments:
Post a Comment