koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 2 February 2012
DI SAAT KAU BERDUKA
di saat kamu berduka...
akulah tempatmu menumpang bahagia..
dan bila kamu bertemu bahagia
aku dilupakan begitu sahaja..
di saat kamu berduka
aku belajar merawat hatimu
mengikut rentak caramu
bersabar dengan apa sahaja yang terbit dari bicaramu
di saat kamu berduka
aku berjanji takkan membuat kamu terluka
takkan membiarkan kamu diselimuti rasa keliru
dan ketika itu baru kutahu
betapa aku mencintaimu.
tapi bila kamu bertemu bahagia
semua itu bagimu hanya
mimpi sahaja..
hampa rasa diri.
hati bergemuruh
bila kamu
tinggalkan nama, tinggalkan raut muka
tinggalkan semua yang kamu punya
tanpa sedikit rasa bersalah...
~ istiqharah syahdu ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment