koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 5 February 2012
ENGKAUKAH CHAMAK CHALOKU
Kurantai luka di sebalik dinding berkaca
agar terlihat semua tapi tak dapat mendekatinya
ingin menyentuh tapi tidak tercapai tangan mereka
hanya dinding berkaca sebagai pratontonannya.
Dan di sebalik dinding berkaca inilah akan kupamirkan kepada semua
diriku yang sebenar-benarnya adalah seorang pencinta yang amat setia
tapi adakah siapa yang sanggup merawat segala luka dan lara di dada
yang berkhemah di dadaku sepanjangnya diriku di dalam kamar dilitupi kaca.
Aku sering tertanya-tanya!
Adakah kamu 'Chamak Challo' yang ditakdirkan buatku.
Mungkinkah benar terlahanku?
Hanya tuhan sahaja yang tahu jawapannya.
ss-z/spl/pr..05-FEB-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment