koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 6 February 2012
Hatiku terluka
Pertama kali ...
setelah sekian lama
sekeping hatiku terasa sayu
biarpun malam bercahaya
berkelipan bintang bersinar bulan
dalam keindahan malam
airmataku berlinangan
melewati masa malam
mengharapkan sinar pagi
menghapuskan wajah muram
di hatiku ini.
Akan tetapi...
sinar mentari pagi
masih tidak dapat menandingi
kekuatan kesayuan di hati ini
terlalu pedih nak kuluahkan
terlalu pilu nak kugambarkan
aduhai ....... hatiku
kau telah terluka!
Begitu memilukan
luka lama berdarah kembali
di manakah sinar yang kucari
adakah ia akan hadir mengubati hati ini
aku hanya pasrah padaMu
Yang Maha Pengasih ...
Segala ketentuan hanya dariMu .... ♥
Amirah Amir Feb 6,2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment