Saturday, 4 February 2012

IKRAR SUCI DI ARASYNYA



Biarkan jiwa merindui kebenaran Ilahi
Kerana di sebalik kerinduan itu
Tersimpan kenikmatan yang paling indah
Yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata
Hanya jiwa yang beriman
Dalam meneguk makrifatullah
Yang dapat merasakan
Betapa agungnya jiwa yang mahmudah

Andai kemaksiatan menjadi rindumu
Amarah menjadi payungmu
Langkahmu langkah kecundang
Langkahmu langkah malang
Racun kemaksiatan merosakkan suci jiwamu
Amarahmu mewariskan kehinaan
Renungkanlah dirimu
Agar kau mengetahui hakikat diri
Ketika roh ditiup ke jasadmu
Ikrarmu pada Ilahi
Di Arasy suciNya

Tinggalkan semua langkahan dosamu
Jejaki langkahan iman untuk menghidupkan jiwa
Biar cahaya keimanan memancar di celah sanubarimu
Agar kau mengenali Pencipta Yang Maha Agung
Dan berilah penawar dalam jiwamu
Agar ia tetap suci
Dan tunduk pada Ilahi

Qalam Bertinta
04/02/2012
22:18PM

No comments:

Post a Comment