koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 7 February 2012
JODOH, TAKDIR DAN KARMA
Usah kau cabut anak kunci itu!
Yang telah bersatu bersama ibu mangganya
yang tidak akan mampu dicabut kembali ke tangkai asalnya
yang tidak akan mahu dipisahkan lagi dari lubang sempit, menjerut asanya.
Usahlah disapu minyak pelincir di sekeliling lubang itu!
Kerana ianya adalah satu kerja gila, sia-sia dan tidak mendatangkan faedah
kerana ianya adalah karma yang telah bersatu dengan zahiriah mereka berdua
kerana ianya adalah takdir yang menyatukan mereka buat selama-lamanya.
Apa?
Minyak anti karat pula?
Usahlah!
Gila!
Biarkanlah sahaja!
Biarkanlah mereka
dan janganlah diganggu gugat lagi mereka!
Kerana ianya adalah jodoh, takdir dan karma buat mereka berdua.
ss-z/spl/pr..07-FEB-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment