Saturday, 4 February 2012

KAMAR MILIK SIAPA?



Milik siapa kamar ini?
Adakah milik kamu atau kamarku?

Aduh! Berbalam-balam sudah mataku
sehingga tidak dapat membezakan yang mana satu kamarku
dan yang mana satu milikmu.

Pelbagai sudah mataku ini berbicara
yang lentok dan lembut berbayang dua
tidak dapat membezakan kerana seakan serupa
milikmu atau kamarku seakan sama sahaja.

Kini kupakai kembali kaca mata
barulah terlihat akan kebenarannya di jendela
kamar ini memang milikkmu yang hakiki sebenar-benarnya
aku yang terlajak mengganggap kamarmu miliku jua.

Berdosa melanda jiwa berdarah
kerana melanggar milik yang bukan halal untukku teroka.

Hampir sahaja aku melakukan zina
taubat aku taubat nasuha.

ss-z/spl/pr..04-FEB-2012.

No comments:

Post a Comment