Kekasihku
usahlah kau takut untuk menutupkan matamu,
matamu yang sungguh ayu
yang menjadikan aku seorang perindu
merindui sinar cahaya dari matamu.
Kekasihku
lelapkanlah matamu itu
walau hanya sebentar cuma
kerana aku akan tetap berada di sisimu
apabila kau celikkan matamu
itulah janjiku kepadamu
janji seorang kekasih
kepada kekasihnya.
Kekasihku
pejamkanlah mata lirikmu
yang selalu menggoda aku dengan lirikannya
yang membuat aku selalu terpukau dengan kilauannya
dan apabila engkau membukakan matamu semula
akulah orang pertama yang akan berada di hadapan matamu.
Kekasihku!
Sayangku!
Tidurlah, tidurlah sayangku
dan biarlah aku yang menjaga dirimu
ketika engkau lena dalam peraduanmu
dari sebarang igauan buruk yang mengganggu lenamu.
Kerana akulah!
Akulah!
Kekasihmu
selama-lamanya kekasihmu.
~♥ ♥ ♥ ♥ ♥~
ss-z/spl/pr..03-FEB-2012

No comments:
Post a Comment