PEMEGANG KUNCI PENDUA HATIKU
Tegas kukatakan di sini!
Tiada siapa yang bertahta sepenuhnya di hatiku
yang berjaya mencuri separuh lagi hati dan perasaanku
lantas berjaya menjadi suri pemegang kunci pendua
yang mengunci kasih dan cintaku.
Tegas kukatakan di sini!
Tiada siapa yang mengisi kesunyian separuh lagi hatiku ini
yang berjaya melenyapkan kesepian berona siksa di jiwaku
lantas berjaya mendatangkan bahagia buatku selama-lamanya
sehingga aku tertunduk tidak memaling muka darinya.
Kalau kamu bertanya berapa ramaikah kekasihku?
Jawapannya tetap tiada!
Tiada siapa yang bersembunyi di dalam kamar hatiku.
Kerana tiada siapa yang benar-benar serious mahu mengisinya!
Kerana tiada siapa yang benar-benar serious mengetuk kamarku!
Kerana tiada siapa yang benar-benar serious mahu mencuri hatiku!
Kerana tiada siapa yang mahu memiliki kunci pendua separuh lagi hatiku ini.
Seperti kamu juga!
Yang tidak tahu apa yang kamu mahu dari diriku ini
dan tidak mahu mengakui yang kamu benar-benar serious ingin bersama denganku.
Kini biarlah aku beritahu kamu satu rahsia yang aku simpan selama ini!
Baca dan fahamilah apa yang aku katakan ini.
"Kalau kamu benar-benar mahukan aku sebagai kekasih kamu selama-lamanya dan inginkan dirimu sahaja yang berada di dalam kamar hatiku berterus teranglah tentang perasaanmu terhadapku dan janganlah pula kamu mahu bertanya lagi tentang hatiku
jika kamu tidak benar-benar serious akan apa mahumu itu"
Itu sahaja pintaku, itulah sahaja syaratku
kalau kamu benar-benar serious dan ikhlas mahukan aku.
ss-z/spl/pr..07-feb-2012.
No comments:
Post a Comment