Sedarlah wahai anak-anak bani Adam!
Sealim mana ibu dan bapanya
tidak menjanjikan anak-anak yang soleh dan solehah
dan juga sejahat-jahat manusia yang hidup di muka bumi ini
tidak pula dijanjikan oleh-Nya, anak-anak yang durhaka.
Ingatlah!
Ingatlah wahai anak-anak bani Adam!
Sehina-hina manusia!
Adalah insan yang menghina nasib insan yang lainnya.
Dan ingatlah!
Balasan-Nya tetap ada atas apa yang kita kerjakan
jangan pula kerana hinaan yang kita lemparkan
berbalik pula ke muka kita semula
umpama meludah ke langit
akhirnya jatuh menimpa kita semula.
Kerana lambat atau cepat balasan yang akan di datangkan
benar-benar telah dijanjikan oleh-Nya.
Sedarlah!
Sedarlah kita wahai manusia!
Tidak semua manusia dijanjikan nasib yang serupa sesama kita
itulah keindahan dari rona
toner warna pelangi ciptaan tuhan yakni Allah SWT.
ss-z/spl/pr..02-FEB-2012.

No comments:
Post a Comment