Monday, 6 February 2012

AKU SEORANG ORANGTUA



Aku!
Akulah seorang pujanggatua yang memegang tongkat sambil bercerita
hidup dengan hanya bermain katakata manis, semanis gula di bibir yang terluka
menjual dan menjaja cerita berpujangga pada mereka yang mahu mendengar cerita
hanya mengharapkan simpati diberi sedekah oleh pendengar yang ikhlas menderma.

Aku!
Aku juga seorang penyairtua hidup bermusafir dan tidak pula berumahtangga
yang menyairkan isihatiku di cerukceruk kota dan kaki lima yang penuh dengan noda
bersyair tentang jiwa yang lara penuh duka, nestapa bersengsara membelengu dada
syair yang berpujangga kepada semua yang senasib denganku di kaki lima bernista.

Aku!
Aku juga seorang gelandangantua dimakicaci semua bagai tiada maruah lagaknya
berkeliaran dan bergelandangan di lorong dan lembah hanyir berstatus merdeka
hidup memunggah sampah, mencari tin dan botol kosong hartakarun rakyat bernegara
seumpama pelesit kota yang hanyir dipanggil sampah dan hina di pandangan mata.

Aku?
Ya! Aku!
Akulah seorangtua yang berkeliaran tanpa disedari sesiapa dalam kalangan mereka semua
dicacimaki dan dihina mereka yang bertopengkan badut, bermerah mata lagi menyala.

Itulah aku seorang orangtua dalam kalangan kamu yang kaya dan berada.

ss-z/spl/pr..06-FEB-2012.

No comments:

Post a Comment