Di sini aku berdiri
sebagai seorang pelajar
yang mencari sesuap ilmu
buat mengisi mindaku
minda yang kelaparan.
Di sini aku masih lagi berdiri
mengharap simpati pada yang sudi
bersedekah barang sedikit ilmiah
buat bekalan mindaku
yang sentiasa meresah.
Di sini dan di waktu ini
aku masih lagi berlapar
akan bimbingan berpengetahuan
dari mereka yang bijak pandai bermaruah
buat santapan mindaku yang keringkontang tidak mahu beralah.
Di sini berdirinya aku di laluan pelajar.
ss-z/spl/pr..06-FEB-2012.
Di sini aku berdiri
sebagai seorang pelajar
yang mencari sesuap ilmu
buat mengisi mindaku
minda yang kelaparan.
Di sini aku masih lagi berdiri
mengharap simpati pada yang sudi
bersedekah barang sedikit ilmiah
buat bekalan mindaku
yang sentiasa meresah.
Di sini dan di waktu ini
aku masih lagi berlapar
akan bimbingan berpengetahuan
dari mereka yang bijak pandai bermaruah
buat santapan mindaku yang keringkontang tidak mahu beralah.
Di sini berdirinya aku di laluan pelajar.
ss-z/spl/pr..06-FEB-2012.
No comments:
Post a Comment