koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 5 May 2012
BENIH-BENIH CINTA I
Benih-benih cinta kini telah pun mulai bertebaran
memenuhi segenap ruang dan halaman
menyemai cinta dalam minda berwawasan
menjadi pengukuh muhibah kemasyarakatan
menyelinap masuk ke talian ukhuwah uhdatan
bersemi kasih sayang sesama insan
menjadi penyatu umat Islam para beliawan
memperkuatkan jati diri dan semangat setia kawan
muslimin dan musliman yang berhati budiman
bersatu kita maju sebagai satu negarawan.
Umat yang kuat adalah umat yang mengamalkan
semagat-semangat kemuafakatan.
ssz/spl/pm...5/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment