koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 7 May 2012
LAJU BUAIKU LAJU
'Laju ... laju
buaiku laju
aku ingin ... kahwin dengan anak raja itu'
'Lajulah buaiku ... tolonglah laju'
Kelakar juga rasa di hatiku
kalaulah aku jadi raja itu
tak ingin aku berkahwin dengan mereka yang sebegitu
baik bawang merah ataupun bawah putih yang ayu
kerana bagiku
maruahku yang kuutamakan selalu
bukan paras rupa idamanku
apalah guna wajah yang ayu bagaikan ratu
jikalau auratnya tidak tertutup jitu
bukan sahaja telah menjadi tatapan mataku
malah segala hulubalang dan penonton pun terpaku
melihat bakal ratu berkemban tak malu ... aurat tu.
ss/spl/pm ... 7/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment