Saturday, 5 May 2012

GADIS-GADIS DI HATIKU YANG AKU HORMATKAN




Citey Spectra
seorang yang kelakar
tegas menegakkan apa yang wajar
puisi-puisinya dalam kegilaan tapi kusifatkan wajar
berani berujikaji tentang keadaan sebenar.


Nurjiee Firdausi
adikku yang sentiasa di sisi
puisinya tentang akhirat lebih dari duniawi
berserah diri hanya kepada Illahi
seorang yang tabah walaupun kesakitan sedang dialami.


Raisya Scorp
puisi-puisinya paling meletup
sentiasa kunanti walaupun mataku tertutup
bahasa yang diguna memang 'tip top'
tak kering gusi walaupun mulut kututup.


Alang Eynna
seorang yang bertenaga tetapi kekadang pendiam
puisinya banyak menyimpan maksud yang terpendam
dalam bait berlapis terkadang boleh kita faham
hasrat hatinya yang cuba dihadam.


Terima kasih juga kuucapkan
kepada semua wanita yang selalu menjadi peneman
di waktu-waktu aku kesepian
walau tidak tertulis namamu bukanku sengajakan
kerana tidak cukup ruangan lain kali aku nukilkan nama kalian.


ssz/spl/pm...5/5/2012.





No comments:

Post a Comment