koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 7 May 2012
HARUSKAH AKU SETEGAS MEREKA?
Tegaskah aku?
Atau perlukah aku tegas
seumpama Hitler dan Staline
pada perang dunia ke dua
atau perlukah aku
setegas Nepoleon Bonaparte
yang ingin menakluki seluruh dunia
dengan kuasa perang di tangan mereka
takpun seperti Gengis Khan
yang hampir mencapai matlamatnya
hampir seluruh benua Asia
dari Timur hingga Barat
telahpun berada di genggamannya
andai ajal ... andai maut
tidak menjemput dirinya kembali ke tanah.
Jika aku sendiri tidak berjaya
menjadi seorang yang tegas di mata anak-anak aku sendiri.
Perlukah aku ... perlukah aku menjadi tegas seperti mereka.
ss/spl/pm ... 7/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment