koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 6 May 2012
SANDARAN DARI SEBUAH LUKISAN
Lukisan hati gambaran minda
silih berganti setiap ketika
menanti hari bertukar masa
memperbaiki diri di hari muka.
Rona kelam mainan warna
melakar hitam di kanvas cinta
saban malam kupendamkan rasa
puas kuperam terhidu baunya.
Banyak orang banyak ragamnya
kapal berdagang di lautan china
hati berperang peluru tiada
duduk seorang berlanggam rasa.
Di pantai lesu kulempar kenangan
walaupun biru hitam kuwarnakan
membuang rindu hilangkanlah bayangan
biarlah sendu, jiwaku tetap akan aku tabahkan.
Sebuah lukisan kujadikan sandaran.
ss/spl/pm ... 6/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment