Monday, 7 May 2012

CERMIN DIRI




Lihatlah dan pandanglah oleh kamu
bila sahaja engkau terbangun dari radu malammu
kau tatapilah wajah anak-anakmu
kau tiliklah wajah-wajah itu
seorang demi seorang ... satu demi satu
dengan pandangan yang syahdu
dengan pandangan yang penuh rasa rindu
dengan pandangan yang penuh bernawaitu
pastinya akan terpancar mukjizat hidupmu di situ
yang terbias dari wajah-wajah kecil montok itu
wajah yang pernah engkau lihat di masa kecilmu
yang pernah melakukan sesuatu yang sama seperti anak-anakmu
dan di situlah sebenarnya cerminan wajah hidupmu
di sebalik wajah-wajah yang comel gebu itu
yang belum mengenali lagi dunia yang rakus bernafsu
penuh dengan watak-watak berpenipu
oleh itu janganlah kamu ... janganlah kamu
sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman maut semahu hatimu.

ss/spl/pm ... 7/5/2012.


No comments:

Post a Comment