koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 4 May 2012
SIAPAKAH AKU?
Aku kini menatap imejku kembali
buat kesekian kalinya
setelah lama terhilang
dari pandangan mataku ini.
Ahhh! ... .
Siapakah dia? ... Yang kini aku tatap
dengan ke dua biji mataku ini.
Siapakah dia? ... Setelah sekian lama
aku bergelumang di dalam dunia fb ini.
Siapakah dia?
Siapakah dia?
Siapakah dia?
... ,
Soalan demi soalan
yang sering bermain di mindaku ini.
Dan yang pastinya ... ,
ya! Yang pastinya ... aku ... aku hampir
tidak mengenali siapa diriku lagi.
Adakah aku tetap sama seperti dahulu? ... .
ssz/spl/pm...4/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment