koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 5 May 2012
EMPAT UNSUR DI DALAM DIRI SETIAP INSAN
Air:
Bagaikan darah yang sentiasa mengalir
lahirnya tidak terzahir ... ujudnya pula tidak terukir
di dalam tubuh setiap insan yang sentiasa bermusafir
tidak pernah kikir hatinya sentiasa bertasbih berzikir
di dalam kehidupan yang tidak pernah sifir.
Api:
Bagaikan semangat yang sentiasa berapi
waja dan kental hatinya tidak pernah rasa sepi
sentiasa mengalunkan nama-nama Illahi
di dalam kehidupan sehariannya setiap hari
tidak akan mengalah walaupun hidupnya sentiasa diuji.
Udara:
Bagaikan rohani di dalam jiwa
beriman kepada Allah yang Esa sentiasa
tidak terzahir hanya dapat dirasa
namun kukuhnya ia tidak tersangkal walaupun bergelora
sebagai nadi kehidupan bagi yang bernyawa.
Tanah:
Bagaikan tubuh badan yang diamanah
perlu dijaga kesihatan kesuluruhannya secara ilmiah
bercucuk tanam akan kekuatan jasmaniah
agar sentiasa bertenaga untuk menjalankan ibadah
menuju akhirat yang telah dijanjikan Allah SWT.
ssz/spl/pm...5/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment