koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 2 May 2012
DIPULAUKAN
Andai diri itu sempurna
bersyukurlah di atas pemberian dari yang Esa
kerana hanya Dia yang mampu mengizinkannya
tanpa sekelumit cacat dan cela
dan ingatlah senantiasa
jangan kita riak, sombong dan membangga diri
mencemuh dan menghina sesama manusia
apatah lagi dengan mencemuh karya orang yang lainnya
sedarlah sentiasa Allah bisa memberi
dan Allah bisa menariknya semula
dan juga jangan lupa
kesombongan tiada membawa ke mana-mana
hanya akan membawa kebencian sesama kita manusia
dan dirimu ... dirimu pasti DIPULAUKAN.
ssz/spl/pm...2/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment