koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 3 May 2012
SEPETANG DI TEPIAN JETI
Sepetang aku di tepian jeti
mengecapi keindahan pantai dan lautan
ciptaan agung Illahi
merenung ... menatap
dan menghayati desiran air
dan rakusnya pukulan sang ombak
memukul dinding tambakan batu di jeti
yang beralunan riak-riak airnya
lantaran bot-bot dan perahu nelayan
berlabuh dan singgah di muara jetiku ini
yang seakan tahu dan mengalunkan simfoni hati
yang seakan tahu hatiku yang keresahan dan kerisauan ini
dengan segala permasaalahan yang aku tanggung ketika ini ... ,
kerakusannya seakan tiada akan pernah berhenti
membadai dan menghentam di dermaga ... jeti hatiku ini.
Sepetang di tepian ... jeti.
ssz/spl/pm...3/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment