koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 5 May 2012
BIAR TERANG
Biar terang jalan disuluh
asal jangan ada mengeluh
berkawan ramai jangan sepuluh
hati bersih tidakkan luluh.
Biar terang sentiasa teduh
awan berarak tidak geruh
meniti kehidupan jangan bergaduh
tidak dimurka tidak dicemuh.
Biar terang tangan beranduh
sakit hilang bersama peluh
kamar kutidur kamar berentuh
hanya seorang kasihku menyentuh.
Beribu kita kukuh
berseteru kita pasti akan roboh.
ssz/spl/pm...5/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment