Friday, 4 May 2012

RINDU RAMADHAN




Rindunya hatiku
tiada terluah dengan kata-kata
setiap perbuatanku
menjuruskan kerinduan yang bersarang
menyapa hiba di dada
dan berona di ruangan minda.


Setiap udara dari nafasku
terasa bahangnya udara Ramadhan
setiap hayunan langkah kakiku
terasa longlai seakan di awal bulan Ramadhan
setiap pergerakan dari perbuatanku
memanggil diriku merindui bulan Ramadhan
yang penuh keberkatan.


Lagi tiga bulan
selepas Rejab dan Syaaban
akan kembalilah Ramadhan
menggamit-gamit hatiku yang kerinduan
semuga Allah SWT
memberikan aku kesempatan
untukku kembali merasai nikmat Ramadhan.


Amin ... .


ssz/spl/pm...4/5/2012.



No comments:

Post a Comment