koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 3 May 2012
BONEKA-BONEKA HIDUP
Boneka-boneka hidup
lahirnya ... sungguh jijik dan mengerikan
sentiasa dahagakan dan dambakan sentuhan
dan belaian kemanjaan yang berupahan
kasih sayang yang penuh kepura-puraan
ditagih dan menagih dari jiwa-jiwa kemaksiatan
bertangankan iblis dan berlengankan syaitan
yang memegang talian hayat peradaban
setiap satu boneka hidup yang diperguna-gunakan
dengan sewenang-wenangnya
dan semahu-mahunya dipergunakan.
Boneka-boneka hidup
zahirnya ... tiada cacat dan celanya
indah di mata cantik tingkah lakunya
tiada tertulis di muka akan riak wajah
seorang yang diperkudakan dan diperguna-gunakan
diperbodohkan dengan umpanan wang juta-jutaan
tertambat pergerakan dan tercucuk kidung hidungnya
hanya menunggu masa untuk berbakti
kepada tuan yang memegang tali belati mindanya
yang tertusuk kemas di liang rahang
batang hidung dan tulang empat keratnya.
ssz/spl/pm...3/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment