koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 1 May 2012
GARISAN
Akukah yang bersalah?
Atau haruskah aku yang disalahkan?
Beradanya aku di antara dua garisan
dalam titik-titik aksara kesamaran.
Yang memisahkan kedukaaan
yang memisahkan keresahan
yang memisahkan kebahagiaan
yang mengalihkan paksi peradaban kasih sayang
yang mengalunkan alunan mirage khayalan percintaan
yang membiaskan biasan fatamorgana kerinduan
yang menggalaukan fikiran di puncak khayalan.
Haruskah ... aku yang disalahkan?.
ssz/spl/pm...1/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment