koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 2 May 2012
RIANG-RIANG
Riang-riang
hatimu sungguh riang
berdengung bertambah girang
jiwamu tiada berpetualang.
Riang-riang
bawalah aku pulang
menuju destinasi gemilang
cemerlang lagi terbilang.
Riang-riang
esok pasti menjelang
dengunganmu tetap tidak akan menghilang
bersama hilangnya kegelapan si bayang-bayang.
Riang-riang ... harimu tetap girang.
ssz/spl/pm...2/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment